Demi mencapai cita-cita warga emas sanggup belajar semula di sekolah. KORANG MESTI TERKEJUT BEROK bila tahu CITA2 sebenarnya IALAH..

loading...


Seorang lelaki tua berusia 69 tahun berasal dari Syangja Nepal menjadi pelajar sekolah tertua di Nepal apabila beliau membuat keputusan untuk melengkapkan pengajian sekolah.
Akibat dari kemiskinan hidup beliau tidak pernah menghabiskan pengajian di mana-mana peringkat pengajian sekolah ketika zaman kanak-kanak beliau,kecekalan hati beliau membuatkan beliau nekad untuk memulakan semula pengajiian beliau yang tak pernah berjaya ditamatkan.
Tapi sekarang beliau tekad untuk menjadi seorang guru dengan mengambil yuran yang rendah.
Setiap pagi Durge bangun awal pagi bersiap untuk kesekolah,beliau berjalan kaki dengan bantuan tongkat sejauh 16km setiap hari selama 20 ke 30 minit,kesemua rakan sekelas beliau seusia cucu beliau,
mereka memanggil beliau 'bajee',bermaksud datuk di dalam bahasa Nepal. Beliau mempunyai 6 orang anak dan 8 orang cucu.

Kemiskinan masa lalu mungkin penghalang cita-citanya untuk menjadi seorang guru, tapi kini bukan lagi menjadi penghalang untuk Durga Kami kembali mencapai cita-citanya .
Datuk kepada lapan orang cucu ini pergi ke sekolah enam hari setiap minggu untuk melengkapkan pelajarannya dengan berjalan kaki.
Kehadirannya ke sekolah juga mampu menghilangkan kesunyian hidupnya setelah kematian isteri.
Sementelahan, beliau tinggal keseorangan di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik.
“Untuk menghilangkan kesunyian, saya ke sekolah”. Betapa berbezanya suasana sunyi di biliknya berbanding dengan sekolah yang dipenuhi 200 orang kanak-kanak.
Guru sekolah itu, DR Koirala menjemput Kami balik ke sekolah, dan membekalkan dia  alat tulis dan baju seragam termasuk seluar berwarna kelabu, tali tie berbelang biru dan kemeja putih.

Menurut Koirala, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya sebagai guru mengajar anak murid sebaya ayahnya.Dia berasa sangat gembira dan bersemangat.
Kami telah mendapat biasiswa untuk pelajarannya, tetapi biasiswa itu tidak termasuk makan dan minum.
Oleh itu, Kami terpaksa makan sarapannya dan bertahan sehingga waktu makan malam.
Sarapan Kami selalunya nasi dengan grunduk, iaitu jeruk sayuran hijau.

Walaupun umurnya sudah lanjut, dia  tidak ketinggalan untuk terlibat sama dalam aktiviti sekolah termasuk bermain bola tampar.
"Saya terpikir, kenapa orang tua ini hendak ke sekolah dan belajar bersama kami? Setelah masa berlalu, saya sangat gembira akan kehadirannya", kata Sagar Thapa, seorang rakan sekelasnya yang berumur 14 tahun.
loading...

0 Response to " Demi mencapai cita-cita warga emas sanggup belajar semula di sekolah. KORANG MESTI TERKEJUT BEROK bila tahu CITA2 sebenarnya IALAH.."

Post a Comment

bukan setakat iklan, tapi TERBUKTI !!

facebook KLIK LIKE UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK LIKE UNTUK TUTUP Button Close