"PEROKOK TIDAK PATUT AMBIL ZAKAT ATAUPUN DERMA" - DR MAZA

loading...



Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) yang merupakan Mufti Perlis menempelak segelintir perokok yang menuntut wang zakat sedangkan dirinya membuat pembaziran pada wang ringgit dengan perkara yang sia-sia.

Berikut adalah apa yang dicoretkan olehnya melalui laman Facebook semalam;

:Orang yang merokok merupakan orang kaya. Dia membazirkan wang untuk sesuatu yang bukan sahaja sia-sia, bahkan merosakkan diri sendiri dan orang di sekitarnya. Hanya orang yang berlebihan wang sehingga tidak tahu mahu lakukan apa lagi sahaja yang boleh lakukan hal itu. Apatahlagi rokok sekarang harganya mahal.

Maka perokok bukan seorang miskin sehingga dia perlu meminta bantuan zakat ataupun bantuan kewangan yang lain. Apakah wajar diberikan bantuan zakat ataupun selainnya kepada orang yang membazirkan wang dengan membakar dan merosakkan diri serta orang lain. Dia tidak termasuk dalam asnaf fakir ataupun miskin sebenarnya.

Jika ada yang bertanya saya, wajarkah beliau berikan zakat ataupun derma kepada orang yang mengaku miskin tapi merokok? Saya pasti menjawab TIDAK! Carilah orang yang benar-benar miskin."



loading...

0 Response to ""PEROKOK TIDAK PATUT AMBIL ZAKAT ATAUPUN DERMA" - DR MAZA"

Post a Comment

bukan setakat iklan, tapi TERBUKTI !!

facebook KLIK LIKE UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK LIKE UNTUK TUTUP Button Close