8 Kematian Individu Terkenal Yang Cetus Kontroversi Hingga Sekarang

loading...
Sedia atau tidak, sesiapa pun pasti akan merasai kematian. Malah, cara kematian masing-masing pun berbeza. Ada yang mati disebabkan penyakit atau kemalangan, manakala ada yang mati akibat bunuh diri dan juga dibunuh.
Namun, kisah kematian 10 individu ini pernah menjadi kontroversi kerana cara kematian mereka yang penuh dengan misteri dan menimbulkan banyak tanda tanya dari pelbagai pihak.
Kisah kematian individu-individu ini mungkin sudah agak lama. Tapi sehingga hari ini, misteri kematian mereka masih belum terjawab:

1. Tupac Shakur


Kematian Tupac adalah salah satu kematian yang paling kontroversi kerana ramai yang percaya legenda rap ini masih hidup. Pada September 7, 1996 rapper itu ditembak beberapa kali di Las Vegas, Amerika Syarikat. Tupac meninggal enam hari selepas kejadian. Namun, ada sesetengah pihak yang mengatakan mereka pernah terserempak dengan Tupac di beberapa lokasi berlainan selepas pengumuman kematian beliau.

2. John F. Kennedy

Kes pembunuhan John F. Kennedy a.k.a JFK memiliki teori tak terhitung jumlahnya. JFK telah mati ditembak semasa perarakan di Washington pada tahun 1963. Ramai orang yang menyaksikan kejadian tersebut. Tetapi sehingga kini, individu yang membunuh bekas presiden yang memiliki jiwa rakyat itu masih gagal dikenal pasti.

3. Puteri Diana


Pada tahun 1997, Puteri yang berasal dari Wales ini telah terlibat dalam satu kemalangan kereta yang sangat tragis. Kemalangan tersebut telah meragut kesemua penumpang termasuk Diana. Menurut laporan, kemalangan itu terjadi kerana pemandu Diana dikatakan memandu dalam keadaan mabuk. Namun, laporan tersebut disangkal oleh beberapa spekulasi yang mengatakan pemandu tersebut dibunuh oleh ejen rahsia M16 atas arahan pihak kerajaan British, yang menyebabkan kereta tersebut terbabas.

4. Michael Jackson


Michael Jackson adalah antara selebriti yang penuh dengan kontroversi baik semasa beliau masih hidup atau setelah beliau meninggal dunia. Pada tahun 2009, Raja Pop tersebut ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya dan terus dibawa ke hospital.
Namun, usaha para doktor dan paramedik untuk selamatkan beliau telah gagal. Menurut laporan, Michael Jackson meninggal setelah diracuni oleh doktor peribadinya. Walaubagaimana pun, ada beberapa laporan yang menyatakan  Michael Jackson dan beliau sengaja memalsukan berita kematiannya untuk memulakan hidup baru.

5. Heath Ledger


Pada tahun 2008, Ledger ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya. Paramedik, tiba beberapa minit kemudian, namun tidak dapat menyelamatkan nyawa pelakon terkenal tersebut. Menurut laporan, kematian Ledger berpunca daripada pengambilan dadah yang berlebihan. Yang membuatkan kematian Heath Legder menjadi misteri, terdapat perkataan ‘bye-bye’ pada muka surat terakhir pada diarinya yang dijumpai oleh pihak forensik.

6. Kurt Cobain

Kurt Cobain, terkenal sebagai vokalis untuk kumpulan yang terkenal Nirvana. Setahun sebelum kematian beliau, Kurt dilaporkan mempunyai masalah ketagihan dadah dan depresi. Kurt Cobain dijumpai mati di rumahnya, yang dipercayai telah membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri. Namun, kematian Kurt Cobain menjadi kontroversi kerana ada yang menyatakan beliau mati akibat dibunuh. Sehingga kini, kes kematian beliau masih tiada tanda noktah.

7. Marilyn Monroe


Marilyn Monroe dikenal sebagai wanita yang paling ikonik sepanjang zaman. Pada tahun 1962, Monroe ditemui mati di bilik tidur rumahnya. Pelbagai spekulasi yang timbul tentang punca kematian artis terkenal ini. Antaranya ada yang mengatakan Monroe meninggal disebabkan penggunaan dadah berlebihan, dan ada juga yang mengatakan beliau mati dibunuh. Sudah hampir 60 tahun sejak kematian Marilyn Monroe, namun masih tiada jawapan yang kukuh.

8. Jimi Hendrix


Jimi Hendrix merupakan salah satu pemain gitar terulung dan paling berpengaruh sekitar tahun 1960-an. Sehingga kini, pengaruh muzik beliau masih lagi jadi ikutan orang ramai. Jimi Hendrix meninggal di London pada usia 27 tahun kerana kesesakan nafas. Kes kematiannya telah diperdebatkan selama bertahun-tahun kerana tidak ada bukti kukuh yang menyatakan Jimi mati kesesakan nafas. Selain itu, tiada pula kesan dibunuh atau bunuh diri pada tubuh beliau.
loading...

0 Response to "8 Kematian Individu Terkenal Yang Cetus Kontroversi Hingga Sekarang"

Post a Comment

bukan setakat iklan, tapi TERBUKTI !!

facebook KLIK LIKE UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK LIKE UNTUK TUTUP Button Close