loading...

Sekiranya pasangan anda seorang mat kereta atau penggemar kereta, anda tahu kehidupan anda bukan lagi kehidupan seorang yang biasa.
Setiap hari, mesti tidak sah jika perkataan "kereta" tidak terkeluar dari mulutnya. Dan mungkin juga anda akan lebih banyak menghabiskan masa di bengkel berbanding di rumah.
Ini 9 perkara yang perlu anda bersedia untuk hadapi jika pasangan anda seorang mat kereta.

Rumah anda akan dipenuhi dengan kain tuala mikrofiber yang mana berharga dua kali ganda dari harga tuala yang anda pakai. Kenapa? Kerana ia jenis tuala yang khusus untuk mengelap kereta.

Kerana takut keretanya akan bergesel dengan kereta lain, anda kena bersedia untuk parking di tempat yang tiada kereta.

Setiap kali naik kereta, anda akan disajikan dengan syarahan ilmiah tentang kereta termasuklah bagaimana enjin kereta berfungsi.

Ingin membeli kereta baru? Rasanya proses ini akan mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Anda akan melihat bagaimana komitednya seorang lelaki dalam membuat keputusan dan betapa bijak dan telitinya mereka membuat 'research'.

Bersedia untuk mempelajari peraturan baru dalam hidup, iaitu etika di dalam kereta. Selangkah sahaja kaki anda memasuki keretanya, anda sudah terikat dengan pelbagai peraturan seperti tidak boleh makan dan minum dalam kereta, buang pasir di selipar terlebih dahulu dan sebagainya.

Katakan bye-bye kepada waktu tidur yang romantis kerana setiap kali sebelum tidur, anda akan menonton video-video kereta bersamanya. Dan terima kasih kepada Youtube kerana menyajikan berjuta-juta video kereta untuk ditonton.

Ingin membasuh kereta bersama? Rasanya anda perlu mempunyai ilmu yang cukup untuk itu. Setiap bahagian memerlukan kain yang berlainan dan pencuci yang berlainan. Bersedia untuk mengenali pelbagai jenis bahan pencuci walaupun warna mereka sama sahaja. Oh, jangan lupa juga pencuci mana yang perlu digunakan terlebih dahulu :).

Setiap kali terserempak dengan kereta 'rare' di atas jalan raya, anda perlu bersedia untuk bertukar menjadi stalker. Pastikan kamera telefon anda setiasa terbuka untuk mengambil video & gambar untuk ditonton pada waktu malam nanti.

9 - Tak ada scene pegang-pegang tangan dalam kereta
Tidak ada lagi 'scene-scene' romantiko de amor wa la uding la porpo di dalam kereta. Maaf, kedua-dua tangan si dia sudah penuh. Satu untuk memegang stereng dan satu lagi untuk memegang gear tercinta
loading...
0 Response to "9 Perkara Yang Anda Perlu Hadapi Jika Pasangan Anda Seorang Mat Kereta"
Post a Comment